Thursday, January 20, 2011

thank you Allah. :)

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.

lama tidak menaip di blog ni, rasa nak menulis.. tapi kadang2 tangan tak tergerak utk menekan keybord.
semester baru telah 3 minggu bermula.
hostel baru, kelas baru, rumate baru, segalanya serba baru.
dan semangat, adakah baru juga? atau masih di takuk lama? mungkin ada peningkatan dari yg sebelumnya, insyaAllah. :)

baru 3 minggu melalui hari di ipg tercinta, tapi sudah pelbagai kisah yang terakam di kotak fikiran.
tentang apa? hmm banyak benda.. benda yg berkaitan dgn sekeliling kehidupan sbg seorang yg brglar manusia.
yg pasti, byk ujian yg datang.
dtg utk menguji sejauh mana tahap keimanan aku sbg seorang hamba. hambaNya yg sgt lemah utk brdiri sendiri di dunia yg fana ini.
tp.. dalam pd ujian itu datang dan menyapa diri, ada hikmah yg tersembunyi.
Dia tunjukkan pdku tntang erti kehidupan ini.
tak selamanya kita akan berada dalam kalangan org2 yg kita cintai dan mencintai kita.
biarlah kita diuji sekarang, bg mempersiapkan diri, dlm mghadapi dunia luar yg jauh lebih hebat dugaannya dpd hari ini.
andai baru dijentik sedikit dgn kata2 nista, dgn pandangan sinis mereka2, sudah mmbuatkan kita bagai jatuh tersungkur, bayangkan pula bagaimana iman kita jika seluruh isi dunia memandang jelik pd kita? pasti jiwa rasa bagai tiada makna utk terus brpijak di bumi ini nanti.

hai hati...
bangkitlah, pandanglah ke depan.
ingatlah janji Tuhanmu, bahawa Dia sentiasa ada bg mereka yg brsabar tika ujian hadir menyapa diri.
ujian itu tanda kasih sayangNya.
ujian itu tanda ingatanNya.
ujian itu tanda Dia ingin kau kembali pdNya.
bersabarlah.. tabahlah.. redholah..
kuatlah wahai hati.. jangan kau berputus asa.
kerana Dia mengujimu bkn krn ingin melihatmu menderita.
tp ingin kau tahu bahawa ada Dia yg sentiasa mnjagamu, sntiasa menolongmu, tika kau brharap pdNya.
jika kau rebah, bisikkanlah dlm diri.. bahawa ujian itu adlh tarbiah dariNya, buat insan yg dikasihinya.
dan kau beruntung krn diuji, brbanding insan yg dibiar hanyut dgn cinta dunia.


alhamdulilah..
terima kasih ya Allah..
thank you Allah..
segala puji pujian layaknya hanya padaMu yg menetapkan atas segala sesuatu.
krn pasti itulah yg terbaik buat hambaMu.
krn hanya Engkaulah yg maha mengetahui.
luruskan hatiku di jalanMu ya Allah.
tetapkan hatiku pd agamaMu.
redhokan hatiku dalam mengahadapi ujian dariMu..
krn aku lemah tanpaMu..
krn aku tak terdaya tanpa kasihMu.
diri ini mengharap ampunan dan redhoMu ya Rabb..

MOGA HATI DAN DIRI TETAP PADA JALAN ILAHI WALAU ADA UJIAN YG PERLU DIDEPANI, AMIIINN..

AKU INGIN KUAT~

Monday, December 27, 2010

syukur ya Allah..~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang..
salam buat semua..

hari ni result keluar!!
dan saya, sgt2 bersyukur atas kputusan yg sy dpt, walaupun agk rendah.
tp still, bersyukur sgt, alhamdulilah lulus, alhamdulilah masih dpt meneruskan pengajian.
terima kasih ya Allah.. :)


xmau sdih2, xmau rasa menyesal.
tp kene tingkatkan usaha lg ok.
chaiyok3, gambate! :)
kamu boleh ramizah! fight the best, n let Allah do the rest..
ade lg 6 sem utk buktikan yg kamu boleh buat lbih baik dpd ini.
live must go on. :)
senyum3.. =) =) =)

SAYA MAHU JADI LEBIH BAIK DPD HARI INI~

Sunday, December 26, 2010

jangan3~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.
assalamualaikum w.b.t. :)

apa khabar semua, harap sihat2 selalu ye.
sekadar pesanan buat diri. Diri saya, diri kamu, diri kita semua.

apa yg hendak diperkatakan?
J.A.N.G.A.N

jangan mengharapkan balasan apb brbuat sesuatu, hatta ucapan terima kasih , walau senyuman sekalipun.
jangan lupe utk mghargai pd mereka yg memberi, biar cuma sekuntum senyuman sekalipun.

jangan ingat kebaikan yg kita buat kt org lain, belajarlah utk mengikhlaskan hati.
jangan lupe kebaikan yg org lain buat kt kita, belajarlah menghargai.

jangan terus menerus biar diri kita diulit kesedihan, kelak padahlah jawabnya.
jangan terlalu melayan kegembiraan yg terbentang dpn mata, kerana dunia itu fana.

jangan hanya tahu bermimpi, tp xpernah brganjak walau seinci utk merealisasikan mimpi itu.
jangan terlalu mengejar mimpi, sedangkan ada yg lebih baik sedang menanti.

jangan melebihkan cinta manusia, kerana cinta Ilahi itu yg hakiki dan kekal abadi.

jangan terlalu membenci, kelak kita akan jatuh suka.
jangan terlalu mencintai, kerana fitrah makhluk itu, tiada yg sempurna.

jangan mempertikaikan knp ini yg trjadi, sdgkn bkn ini yg kita ingini.
jangan pernah lupe bahawa kita hanyalah hamba yg wajib patuh dan tunduk pd setiap suruhanNya.

jangan membalas kejahatan dengan kejahatan, biar Allah saja yg membalasnya.
jangan membalas kebaikan dgn kejahatan, kerana itu bkn amalan agama kita.

jangan meletakkan pergantungan kepada manusia yg paling atas, kerana mereka xpunya apa.
jangan terlalu berharap pada manusia, kerana Allah yg punya segalanya.

jangan terlalu menyembunyikan rahsia hati, luahkanlah pada insan yg kita percayai.
jangan terlalu 'open' dan bercerita sana sini tentang diri, kelak merana diri.

jangan terlalu lokek dgn kata2 'aku sayang kamu' pd mrk yg halal, itu adlh tnda kita mghargai.
jangan terlalu pemurah dgn kata2 'aku cinta kamu' pd ajnabi dlm hdup kita, xperlu itu semua.

JANGAN PERNAH BERHENTI MENGHARAP KASIH DAN REDHO ILAHI... DARI SITULAH DATANGNYA KEBAHAGIAAN YANG TIDAK BETEPI...~

p/s : semangat ooo semangat nk balik mktab.. datanglah kamu.. =)

Thursday, December 16, 2010

counting~

bismillahirrahmanirrohim..
salam utk semua. ^_^

dah lama xmenaip kt blog ni.
lately ni, byk habiskan masa dgn mnjenguk blog2 lain.
tp utk menulis sdri, rasa malas plak. :)

hari ni.17 desember 2010, tepat jam 12.14 tgahari.
kira3.. tggal bape hari je lg utk pulg kmbali ke melaka. IPG yg 'ingin' dicintai.
hmm.. lbih kurg 15 hari lg ni.
oooo cptnya masa brlalu kn.
adakah selama cuti yg pnjg berjela ni dimanfaatkan?
tepuk dada, tanya diri, tanya hati ok. :)

tp.
walau apepun.
kene siapkan diri, siapkan mentaliti.
pengajian utk semester 3 akn brmula x lama lg.
sedia3.. make prparation 4 fizikal n mental ok.
bermulanya sem 3.. masih byk lagi cabaran yg perlu didepani.

pasal kisah pihak atasan yg menginginkan kami utk bertukar bilik dan rumate.
mule2.. rasa bengang jugak. sedih + kecewa + xpuas hati. semua ade la.
puas berfikir : apalah rasionalnya rombakan semula ni nk dibuat? last minit plak tu.
tp3.. da lama pas2, terdetik dlm hati ni. : buat apela nk menyesakkan fikiran dgn bnde2 cmni.
marah mcm mane sekalipun, sdih mcm mana pun, keputusan tu dah muktamad. xboleh diubah dah.
kecualilah kalau pihak atasan berubah fikiran, berubah hati, nak kekalkan balik rumate dan bilik yang asal.
tp, nisbah utk situasi tersebut trsangat sangatla nipis. :)

jd. konklusinya : lapangkan dada kita semua.(walaupun bukan mudah)
terima keputusan tersebut seadanya.
apa jua yg trjadi, itu sbnrnya adalah ketetapan lillahirabbi.. Dia yg mengizinkan.
dn jika itu adlh takdir yg harus diterima, maka pasti ada hikmahnya bukan. :)
apa yg boleh kita buat : jom kita berdoa sama2, moga walau siapa pun yg mnjadi rumate kita, semoga dia dpt menerima kita, memahami kita, seadanya kita, insyaAllah..

" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu. padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.ALLAH MENGETAHUI, SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI"

surah Al-Baqarah:216

sama2 kita renungkan, dan fikirkan sejenak maksud ayat tersebut. :)

MOGA HARI INI LEBIH BAIK DPD SEMALAM... DAN MOGA ESOK LEBIH BAIK DPD HARI INI.

SEMESTER 3 PISMP JANUARI 2010 : semoga dipermudahkan segalanya buat kami... semoga jua kami mndapat keputusan yg cemerlang untuk semester lepas.. amin.. :)

Wednesday, December 8, 2010

hijrah itu indah~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang..

salam maal hijrah buat semua.. ^_^


hijrah = perpindahan

sama2lah kita berhijrah ke arah yg lebih baik...insyaAllah..

yg baik jdkn pedoman,
yg buruk adakan sempadan.
yg indah jdkn ikutan.

moga hati dan fikiran turut sama berhijrah ke jalan yg diredhoiNya.
lillahita'ala.. :)

Tuesday, December 7, 2010

kasih, rindu..jua cinta buatmu~

dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang..
assalamualaikum w.b.t..

coretan buat kamu.
yg aku syg, yg aku rindu jua yg aku cinta.

kamu..
ada brsamaku, dalam susah..dlm senangku.
dlm mara..dlm longlai langkah kakiku.
tika aku payah..tika aku resah.. tika aku memerlukan tangan lain utk memimpinku..
kamu.. kamu ada di situ..

kamu..
yg bila aku ketawa..dirimu turut sama gmbira.
yg bila aku tersenyum ceria.. dirimu jua brkongsi rasa.
yg saat aku bahagia.. dirimu sama merasakannya.
kerana.. aku sebahagian dr dirimu..

kamu..
saat aku sakit.. kamu dekat.. setia disampingku.
saat aku sedih.. kamu turut mgalirkan air mata.
saat aku terasa hati.. kamu x jemu2 memujukku.
sungguh.. aku sayang kamu..

buatmu..
terima kasih atas segalanya.
krn sudi brsamaku.
krn sudi myayangiku.
krn sudi mnerima diri yg trlalu byk kelemahn ini.
segenap kesyukuran kupnjtkn pd Ilahi atas kurniaan yg brharga ini.
moga ukhuwah ini adlh krnNya.
moga ikatan ini brkekalan selamanya.
moga hati kita kn trus brpaut..dn sama2 mnuju redhoNya.

walau nti.
ada saja badai yg mencuit hubungan kita.
walau nti.
akn ada insan lain yg mmbuatmu rasa lbih selesa.
wlau nti.
aku mgkin tdk spnting hari ini bgmu.
satu pintaku..
ingatlah kenangan atr kita.
yg sgl tawa..duka..yg prnah kita lalui brsama.
pahatlah dlm hatimu kuat2.
bahawa kita adalah S.A.H.A.B.A.T
hingga akhir hayat.
insyaAllah..
ukhuwah fillah abadan abada..~

kamu yg bernama ---- @ -------
:)

kasih..rindu...jua cinta buatmu sahabat.
moga segala rasa ini adlh krnNya yg maha Esa.
AKU SAYANG KAMU~

Friday, November 26, 2010

HANYA PADAMU~


Ya Allah..
Kau jadikanlah cintaku padaMu melebihi segala apa yg aku cintai..
Jadikanlah cinta padaMu yg terindah yg kumiliki
Jadikanlah cintaMu yg teratas dalam kamus pencarianku
Jadikanlah cintaMu yg paling agung buatku, hamba yg hina ini..

Ya Rahman..
Janganlah Kau biarkan rasa kasih dan rinduku pada manusia melebihi segalanya
Janganlah Kau biarkan pergantunganku pd manusia melebihi pdMu
Janganlah Kau biarkan aku mencari cinta yg lain utk mgganti cintaMu
Janganlah Kau biarkan hati ini sendiri tanpa Kau genggami..

Ya Rahim..
Biarkan tangisanku kerana takut padaMu
Biarkan senduku kerana menyesali dosa- dosaku
Biarkan gelisahku kerana takutkan api nerakaMu
Namun ya Allah..
Janganlah Kau biarkan aku terus- terusan menangis kerana xmmpu menggapai cinta manusia
Janganlah Kau biarkan aku tersungkur kerana tak mampu memiliki cintanya yg aku sayangi
Jangan Kau biarkan aku rebah hanya kerana aku tidak disayangi seperti mana aku menyayangi.

Ampuniku ya Allah..
Pertemukanlah aku dgn insan yg membawa aku dekat pd cintaMu
Yg bersama- sama memimpin tgnku dlm menggapai redhomu
Yg ketika brsamanya, aku mmpu mengingatiMu lebih dari segalanya..
Doaku..moga cintaMu mengiringiku di setiap langkahku
Moga kasihMu hidup dalam hatiku di setiap niatku
Moga keredhoanMu bersamaku hingga akhir hayatku.
Amin ya Rabb..