Friday, November 26, 2010

HANYA PADAMU~


Ya Allah..
Kau jadikanlah cintaku padaMu melebihi segala apa yg aku cintai..
Jadikanlah cinta padaMu yg terindah yg kumiliki
Jadikanlah cintaMu yg teratas dalam kamus pencarianku
Jadikanlah cintaMu yg paling agung buatku, hamba yg hina ini..

Ya Rahman..
Janganlah Kau biarkan rasa kasih dan rinduku pada manusia melebihi segalanya
Janganlah Kau biarkan pergantunganku pd manusia melebihi pdMu
Janganlah Kau biarkan aku mencari cinta yg lain utk mgganti cintaMu
Janganlah Kau biarkan hati ini sendiri tanpa Kau genggami..

Ya Rahim..
Biarkan tangisanku kerana takut padaMu
Biarkan senduku kerana menyesali dosa- dosaku
Biarkan gelisahku kerana takutkan api nerakaMu
Namun ya Allah..
Janganlah Kau biarkan aku terus- terusan menangis kerana xmmpu menggapai cinta manusia
Janganlah Kau biarkan aku tersungkur kerana tak mampu memiliki cintanya yg aku sayangi
Jangan Kau biarkan aku rebah hanya kerana aku tidak disayangi seperti mana aku menyayangi.

Ampuniku ya Allah..
Pertemukanlah aku dgn insan yg membawa aku dekat pd cintaMu
Yg bersama- sama memimpin tgnku dlm menggapai redhomu
Yg ketika brsamanya, aku mmpu mengingatiMu lebih dari segalanya..
Doaku..moga cintaMu mengiringiku di setiap langkahku
Moga kasihMu hidup dalam hatiku di setiap niatku
Moga keredhoanMu bersamaku hingga akhir hayatku.
Amin ya Rabb..


Wednesday, November 3, 2010

refleksi~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang..
salam buat semua..


dunia ini
ada indahnya, ada deritanya.
terkadang ketawa, terkadang menangis duka.
dn dlm prjalanan ini
byk yg perlu ditempuhi
byk yg harus didepani
tp sgt sedikit yg brjaya dilalui dgn sabar.

aku,
sering mengeluh.
meratapi.
menangisi nasib.
kerana aku lemah.
lemah tanpa rasa dikasihiMu ya Rabb..

tika ujian menjelma
hati ini kerap merintih.
bagai kurg brsyukur lagaknya.
sedangkan baru satu nikmat ditarik, berjuta lagi nikmat yg masih Kau pinjamkn.
aaahhhhh aku trlalu prejudis thdp kasihMu.
ampuniku ya Allah..

aku ingin kuat.
x ingin lemah lg.
x ingin trlalu mudah disakiti.
x ingin larikan diri dr realiti.
x mahu trlalu ikut perasaan dn ketepikan kata hati.

Allah..
bantulah aku.
pimpin hatiku.
pegang hatiku erat2 ya Allah.
jgn Kau biarkn hati ini tidak berhala tuju.
jgn Kau biarkn hati ini trkapai- kapai tnpa redhoMu.

doaku.
walau apa ujian yg menunggu.
besar atau kecil.
moga hati ini mmpu hadapinya.
dgn tenang dn tabah.
bukan dgn keluhan.
jgn Kau biarkan aku sendiri..
aku mohon ketenangan hati.
kelapangan dada.
hanya dariMu yg maha pemberi.

tika hati sedih, pandanglah ke langit dn awan yg membiru..ingatlah Allah sentiasa ada brsama kita.
tika terasa diri diuji, lihatlah air sungai yg sentiasa mengalir..walau bgm byk sekalipun halangannya, ia tetap mengalir tnpa henti.(ingin jd begitu)~
^_^ wallahualam..