Thursday, January 20, 2011

thank you Allah. :)

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.

lama tidak menaip di blog ni, rasa nak menulis.. tapi kadang2 tangan tak tergerak utk menekan keybord.
semester baru telah 3 minggu bermula.
hostel baru, kelas baru, rumate baru, segalanya serba baru.
dan semangat, adakah baru juga? atau masih di takuk lama? mungkin ada peningkatan dari yg sebelumnya, insyaAllah. :)

baru 3 minggu melalui hari di ipg tercinta, tapi sudah pelbagai kisah yang terakam di kotak fikiran.
tentang apa? hmm banyak benda.. benda yg berkaitan dgn sekeliling kehidupan sbg seorang yg brglar manusia.
yg pasti, byk ujian yg datang.
dtg utk menguji sejauh mana tahap keimanan aku sbg seorang hamba. hambaNya yg sgt lemah utk brdiri sendiri di dunia yg fana ini.
tp.. dalam pd ujian itu datang dan menyapa diri, ada hikmah yg tersembunyi.
Dia tunjukkan pdku tntang erti kehidupan ini.
tak selamanya kita akan berada dalam kalangan org2 yg kita cintai dan mencintai kita.
biarlah kita diuji sekarang, bg mempersiapkan diri, dlm mghadapi dunia luar yg jauh lebih hebat dugaannya dpd hari ini.
andai baru dijentik sedikit dgn kata2 nista, dgn pandangan sinis mereka2, sudah mmbuatkan kita bagai jatuh tersungkur, bayangkan pula bagaimana iman kita jika seluruh isi dunia memandang jelik pd kita? pasti jiwa rasa bagai tiada makna utk terus brpijak di bumi ini nanti.

hai hati...
bangkitlah, pandanglah ke depan.
ingatlah janji Tuhanmu, bahawa Dia sentiasa ada bg mereka yg brsabar tika ujian hadir menyapa diri.
ujian itu tanda kasih sayangNya.
ujian itu tanda ingatanNya.
ujian itu tanda Dia ingin kau kembali pdNya.
bersabarlah.. tabahlah.. redholah..
kuatlah wahai hati.. jangan kau berputus asa.
kerana Dia mengujimu bkn krn ingin melihatmu menderita.
tp ingin kau tahu bahawa ada Dia yg sentiasa mnjagamu, sntiasa menolongmu, tika kau brharap pdNya.
jika kau rebah, bisikkanlah dlm diri.. bahawa ujian itu adlh tarbiah dariNya, buat insan yg dikasihinya.
dan kau beruntung krn diuji, brbanding insan yg dibiar hanyut dgn cinta dunia.


alhamdulilah..
terima kasih ya Allah..
thank you Allah..
segala puji pujian layaknya hanya padaMu yg menetapkan atas segala sesuatu.
krn pasti itulah yg terbaik buat hambaMu.
krn hanya Engkaulah yg maha mengetahui.
luruskan hatiku di jalanMu ya Allah.
tetapkan hatiku pd agamaMu.
redhokan hatiku dalam mengahadapi ujian dariMu..
krn aku lemah tanpaMu..
krn aku tak terdaya tanpa kasihMu.
diri ini mengharap ampunan dan redhoMu ya Rabb..

MOGA HATI DAN DIRI TETAP PADA JALAN ILAHI WALAU ADA UJIAN YG PERLU DIDEPANI, AMIIINN..

AKU INGIN KUAT~