Thursday, October 20, 2011

hati yg rapuh.~

dengan nama Allah jari ini mencoret.

ya Allah..hati rasa kian rapuh.

...meskiku rapuh dalam langkah
kdg xsetia kpdMu
namun cinta dlm jiwa hanyalah padaMu

...maafkanlah bila hati xsempurna mencintaiMu
dlm dada kuharap hanya diriMu yg bertakhta..

: sgl rasa ini hadir dgn izinMu ya Allah
Kau peganglah hati ini erat2, moga tidak ia tersasar dr jalan2 kebenaran, amin.. :)

Friday, October 14, 2011

moga dipermudahkan.~

dengan nama Allah jari ini mencoret.

test kete selasa depan, 24 oktober 2011
neves, takut, cuak, sume ade, rase lum layak lg tuk test trsebut
tp apakn daya, lg lama tangguh, nth bila plak nk dpt lesen
insyaAllah aku akn bljr brsungguh sungguh

tadi test QTI, byk lg rupanye yg aku tak tau
masuk je kete, kene cek cndition kete by step
signal kene pndai agk nk bg kt jarak yg cm mane
cntrol clutch time parking! most imprtant one.
tapi aku....?masih kategori hampeh lg. tak expert sgt bab2 trsebut
gve a good try ramizah!!!
u can do it!
biar org kate kau 'lambat' 'lembap' or wat so ever, kau msti dan harus yakin!



"....sesungguhnya pd setiap kesulitan itu ada kemudahan....." (al-insyirah)

dan apb kita telah mncuba, serahkan pd Allah tntg hasilnya, krn Dia maha tahu sgl yg trbaik buat setiap hambaNya.~

keep trying, keep hoping, keep doa' 4 the best, let Him settle the rest, cz He knows the best!

i can do ittttttttttttttt!!!! 4 sure insyaAllah.. :)

p/s : do pray 4 me :)

Tuesday, October 4, 2011

tak perlu lg.

salam.

hidup akan jadi lebih indah jika kita  mengisinya dgn hal- hal yg indah.
tapi lumrah, tak ada hidup yg dalamnya indah semata
dn tiap duka, di belakangnya ada tersirat bahagia, cuma mgkin kadang hati kita buta utk melihatnya.~

-----------------------------------------------------------------------------

aku, mahu berhenti berharap
walau satu masa dulu mgkin aku yg silap
biarkan mereka bahagia
dn biar aku sndiri tnpa siapa2, itu hakikatnya
ya, aku perlu bljr utk terima itu semua, mesti!

-----------------------------------------------

tak perlu lg kata itu ini.
biar dia di sana dn terus trsenyum spt hari ini
----------------------------------------------

krn aku gembira melihat dia bahagia
walau hati pedih, tapi mungkin memg itu takdirNya.
kuatkan hatiku ya Allah.. :)


: hati rindu lg pd yg telah pergi.

Thursday, September 29, 2011

Friday, June 10, 2011

....


Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami....
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...

Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong....
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.....

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi....
Saling kasih-mengasihi....
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai....
Biarkan ianya tersimpul.....

Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah....
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah.....ya Allah
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

-ILI-

Friday, June 3, 2011

mengharap yg terbaik.~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.

skang ni masih lg dalam minggu pertama cuti sem.
SEMESTER BARU akan brmula 2 minggu lg.
sungguhpun skang ni cuti, tp entah knp
byk bnda yg aku fikirkan
tntg diri dn sekeliling
kdg2 rasa letih.tp..ntahla.

ya Allah..aku mgharapkan yg trbaik utkku, keluarga,jg shbt2ku.
benar bhw hanya Kau yg maha mengetahui sgl yg trbaik buat setiap hambaMu.
pandu aku dlm jln khidupan ini
dlm setiap langkah kakiku
krn aku, takan mampu sndiri tnpaMu


DOA+USAHA+IKTIAR+TAWAKKAL = bahagia dunia akhirat insyaAllah. :)



Thursday, June 2, 2011

kenangan dan pengalaman.~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang..

lama sungguh tak mencoret di blog kesayangan ni
atas alasan banyak kekangan, dari sudut masa mungkin. :)

SEMESTER 3 JANUARI 2010:

terlalu banyak kenangan untuk semester ini.
pahit, manis, tawar, masam, semuanya ada.
kisah aku,
kisah abah yg telah pergi,
kisah sahabat,
kisah hati yg berbolak balik.

SEGALA KISAH INI HANYA TINGGAL SEBAGAI KENANGAN.

moga aku menjadi insan yg mengambil iktibar atas pengalaman dari kenangan yg tercipta, insyaAllah.

ya Allah..moga Kau cucuri rahmat ke atas roh abah..moga dia bahagia dan tenang di sana..
ya Rahman...moga Kau tetapkan hatiku untuk tetap teguh pd jalanMu sehingga akhir nanti..
ya Rahim..moga Kau lindungiku, keluargaku, dan sahabat2ku dalam perjlanan kehidupan di dunia yg bersulam mehnah ini..
AMIN YA RABB...~

-aku hanyalah seorang hamba yg mengharap dan mendamba kasih Ilahi-

Saturday, March 26, 2011

TEMAN*

dengan nama Allah yang maha pengasih lg maha penyayang..

sangat rindu pd kalian..
bagai terbayang bayang saat kita berkongsi masa brsama.
sungguh, aku sayang kalian.
maaf andai diri ini yg brsalah.
maaf andai diri ini yg tersilap langkah.
tapi ketahuilah, bahawa kalian tetap ada, dan selalu ada,
walau jauh dari pandangan,
walau jauh jasad dan haluan.
namun dalam hati ini, terlalu rindu untuk brgelak mesra, berkongsi duka.

moga ukhuwah itu kekal ada, buat selamanya.
walau bukan sbg sahabat, tp sbg seorg kwn mungkin.
doaku, moga tiada permusuhan atr kita.

KENANG DAKU DALAM DOAMU.~

Monday, March 14, 2011

kuatkan hatiku.~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.

ya Allah..
sesungguhnya Kau maha mengetahui segala yg terbaik buat setiap hambaMu.
redhokanlah hatiku walau apa yg berlaku.
lapangkanlah dadaku jika itu yg terbaik utkku.

aku mohon ya Tuhan..
berilah aku segenap kekuatan dalam mengadapi mehnah ini.
kerana aku hanya hamba yg kerdil dan lemah di sini.
bimbinglah hatiku, peganglah hatiku erat2 ya Allah..
jangan Kau biarkan aku sendiri di sini.

doaku..moga rahmat dan redhoMu sentiasa mengiringi.
amin ya Allah...

p/s: ingin tersenyum walau ada duka yg mengiringi. :)

Thursday, January 20, 2011

thank you Allah. :)

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.

lama tidak menaip di blog ni, rasa nak menulis.. tapi kadang2 tangan tak tergerak utk menekan keybord.
semester baru telah 3 minggu bermula.
hostel baru, kelas baru, rumate baru, segalanya serba baru.
dan semangat, adakah baru juga? atau masih di takuk lama? mungkin ada peningkatan dari yg sebelumnya, insyaAllah. :)

baru 3 minggu melalui hari di ipg tercinta, tapi sudah pelbagai kisah yang terakam di kotak fikiran.
tentang apa? hmm banyak benda.. benda yg berkaitan dgn sekeliling kehidupan sbg seorang yg brglar manusia.
yg pasti, byk ujian yg datang.
dtg utk menguji sejauh mana tahap keimanan aku sbg seorang hamba. hambaNya yg sgt lemah utk brdiri sendiri di dunia yg fana ini.
tp.. dalam pd ujian itu datang dan menyapa diri, ada hikmah yg tersembunyi.
Dia tunjukkan pdku tntang erti kehidupan ini.
tak selamanya kita akan berada dalam kalangan org2 yg kita cintai dan mencintai kita.
biarlah kita diuji sekarang, bg mempersiapkan diri, dlm mghadapi dunia luar yg jauh lebih hebat dugaannya dpd hari ini.
andai baru dijentik sedikit dgn kata2 nista, dgn pandangan sinis mereka2, sudah mmbuatkan kita bagai jatuh tersungkur, bayangkan pula bagaimana iman kita jika seluruh isi dunia memandang jelik pd kita? pasti jiwa rasa bagai tiada makna utk terus brpijak di bumi ini nanti.

hai hati...
bangkitlah, pandanglah ke depan.
ingatlah janji Tuhanmu, bahawa Dia sentiasa ada bg mereka yg brsabar tika ujian hadir menyapa diri.
ujian itu tanda kasih sayangNya.
ujian itu tanda ingatanNya.
ujian itu tanda Dia ingin kau kembali pdNya.
bersabarlah.. tabahlah.. redholah..
kuatlah wahai hati.. jangan kau berputus asa.
kerana Dia mengujimu bkn krn ingin melihatmu menderita.
tp ingin kau tahu bahawa ada Dia yg sentiasa mnjagamu, sntiasa menolongmu, tika kau brharap pdNya.
jika kau rebah, bisikkanlah dlm diri.. bahawa ujian itu adlh tarbiah dariNya, buat insan yg dikasihinya.
dan kau beruntung krn diuji, brbanding insan yg dibiar hanyut dgn cinta dunia.


alhamdulilah..
terima kasih ya Allah..
thank you Allah..
segala puji pujian layaknya hanya padaMu yg menetapkan atas segala sesuatu.
krn pasti itulah yg terbaik buat hambaMu.
krn hanya Engkaulah yg maha mengetahui.
luruskan hatiku di jalanMu ya Allah.
tetapkan hatiku pd agamaMu.
redhokan hatiku dalam mengahadapi ujian dariMu..
krn aku lemah tanpaMu..
krn aku tak terdaya tanpa kasihMu.
diri ini mengharap ampunan dan redhoMu ya Rabb..

MOGA HATI DAN DIRI TETAP PADA JALAN ILAHI WALAU ADA UJIAN YG PERLU DIDEPANI, AMIIINN..

AKU INGIN KUAT~