Sunday, December 26, 2010

jangan3~

dengan nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang.
assalamualaikum w.b.t. :)

apa khabar semua, harap sihat2 selalu ye.
sekadar pesanan buat diri. Diri saya, diri kamu, diri kita semua.

apa yg hendak diperkatakan?
J.A.N.G.A.N

jangan mengharapkan balasan apb brbuat sesuatu, hatta ucapan terima kasih , walau senyuman sekalipun.
jangan lupe utk mghargai pd mereka yg memberi, biar cuma sekuntum senyuman sekalipun.

jangan ingat kebaikan yg kita buat kt org lain, belajarlah utk mengikhlaskan hati.
jangan lupe kebaikan yg org lain buat kt kita, belajarlah menghargai.

jangan terus menerus biar diri kita diulit kesedihan, kelak padahlah jawabnya.
jangan terlalu melayan kegembiraan yg terbentang dpn mata, kerana dunia itu fana.

jangan hanya tahu bermimpi, tp xpernah brganjak walau seinci utk merealisasikan mimpi itu.
jangan terlalu mengejar mimpi, sedangkan ada yg lebih baik sedang menanti.

jangan melebihkan cinta manusia, kerana cinta Ilahi itu yg hakiki dan kekal abadi.

jangan terlalu membenci, kelak kita akan jatuh suka.
jangan terlalu mencintai, kerana fitrah makhluk itu, tiada yg sempurna.

jangan mempertikaikan knp ini yg trjadi, sdgkn bkn ini yg kita ingini.
jangan pernah lupe bahawa kita hanyalah hamba yg wajib patuh dan tunduk pd setiap suruhanNya.

jangan membalas kejahatan dengan kejahatan, biar Allah saja yg membalasnya.
jangan membalas kebaikan dgn kejahatan, kerana itu bkn amalan agama kita.

jangan meletakkan pergantungan kepada manusia yg paling atas, kerana mereka xpunya apa.
jangan terlalu berharap pada manusia, kerana Allah yg punya segalanya.

jangan terlalu menyembunyikan rahsia hati, luahkanlah pada insan yg kita percayai.
jangan terlalu 'open' dan bercerita sana sini tentang diri, kelak merana diri.

jangan terlalu lokek dgn kata2 'aku sayang kamu' pd mrk yg halal, itu adlh tnda kita mghargai.
jangan terlalu pemurah dgn kata2 'aku cinta kamu' pd ajnabi dlm hdup kita, xperlu itu semua.

JANGAN PERNAH BERHENTI MENGHARAP KASIH DAN REDHO ILAHI... DARI SITULAH DATANGNYA KEBAHAGIAAN YANG TIDAK BETEPI...~

p/s : semangat ooo semangat nk balik mktab.. datanglah kamu.. =)

No comments:

Post a Comment