Thursday, October 21, 2010

buat renungan~

SEMINIT SAHAJA...

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau
berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.
Betapa kita dapat menyebarkan seribu
kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun
kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,
serta terus klik pada icon
DELETE .

ANDA TERTAWA ...? atau ANDA BERfIKIR-fIKIR. ..?
Sebar luaskanlah & bersyukurlah
kepada ALLAH, YANG MAHA ESA,PENGASIH
DAN PENYAYANG.
Apakah tidak lucu apabila anda tidak memFORWARD pesan ini. Betapa banyak
orang tidak akan menerima pesan ini, kerana anda tidak yakin bahawa mereka
masih percaya akan sesuatu?

-renung2kn dn selamat beramal.. :)-
p/s: ini adlah artikel yg di'copy'..utk renungan brsama..

Monday, October 18, 2010

entri khas~

:: Doa Seorang Sahabat ::..




Ya Allah, tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hatiku ini bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.

Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, Peniup semangat juangku, saling membantu memikul beban dakwah agamaMu.

Tika Kau hadiahkanku SAHABAT, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu, teguhnya cinta padaMu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh SAHABATKU dengan cinta kepadaMU..Amin~

amin ya Rabb....

p/s: copied from other blog ^_^

Thursday, October 14, 2010

teladan~

assalamualaikum w.b.t

artikel yg di'copy' dr iluvislam.
same2la kite amik iktibar yek ^_^

tersebutlah kisah, ada seekor monyet yang berpaut di sebuah pokok. tanpa disedarinya, ada tiga jenis angin yang sedang melihat monyet tersebut iaitu angin ribut, angin taufan dan angin tornedo. mereka masing2 sedang mencabar sesama sendiri siapa yang boleh menjatuhkan monyet comel tersebut.
mulalah si angin ribut mulakan tiupannya. Pheww.... Pheww...Pheww, si angin ribut meniup. melihatkan ada angin, sang monyet kuat berpaut di dahan pokok. sehinggalah si angin ribut putus asa lalu kembali pada si angin taufan dan tornedo. mereka ketawa kerana melihat si angin ribut pulang dengan hampa.
kemudian, bermulalah pula cubaan si angin taufan. dengan kuatnya, angin taufan meniup sehingga berpusing2. sang monyet semakin kuat berpaut pada dahan pokok bagi mengelakkan ia jatuh. setelah beberapa ketika, si angin taufan kembali juga dalam keadaan yang hampa. apa lagi, si tornedo ketawa terbahak2.

akhirnya, si tornedo dengan bangganya menggunakan kuasa tornedonya yang hebat dan sangat kuat itu dengan harapan monyet itu akan jatuh tersembam di tanah. semakin kuat angin tornedo, semakin kuat dan erat sang monyet berpegang pada dahan pokok tersebut. si tornedo pulang dalam keadaan yang sangat hampa dan kecewa.

tiba2 datang la si angin sepoi2 bahasa untuk mencuba nasib. abang2nya ketawa terbahak2 melihatkan keinginan adik mereka yang ingin menjatuhkan sang monyet. si angin sepoi2 bahasa pun mula meniup dengan lemah longlai. sang monyet berasa sangat selesa dengan angin sepoi2 bahasa lalu tertidur dan akhirnya terlepaslah pegangan sang monyet pada dahan pokok dan jatuhlah sang monyet itu ke tanah. sekian...

ehh..nanti dulu...hehe..tau tak apa pengajaran yang ingin disampaikan dalam cite ni? ini bukan sekadar cerite tapi mempunyai makna tersirat.

sebenarnya kisah di atas ini mempunyai kaitan yang sgt2 rapat dengan kita sebagai manusia. hidup kita penuh ujian bukan? haa..jangan ingat ujian itu kesusahan semata. hakikatnya kesenangan yang kita ada juga adalah ujian. malah lebih bahaya kerana ianya tak nampak oleh kita. stuju dengan saya?

kita selalu akan kembali kepada fitrah, iaitu kembali pada Allah bila kita menghadapi kesusahan bukan? tapi berapa ramai antara kita yang mengingati Allah ketika kita dalam keadaan senang lenang? tak ramai...tak ramai. bila kita ditimpa kesusahan, kesempitan dan kesedihan, Allah lah tempat kita mengadu, memohon pertolongan. dada ini terasa sempit, tidak tenang, gelisah, susah dan menangis bila datangnya sesuatu ujian. namun ia sebenarnya satu petanda menunjukkan Allah sayang pada kita. malah lebih sayang pada kita. kerana Dia sentiasa menunggu2 hambaNya meminta2, merayu2 pada Dia.

semakin banyak ujian/mehnah yang kita terima sebenarnya semakin dekat kita dengan Allah. seperti mana kisah monyet di atas, semakin kuat angin yang diterimanya, semakin kuat sang monyet berpaut pada dahan pokok.

Firman Allah:Sesungguhnya, orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), "Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu." (Al-Fussilat 41:30)

p/s: credit to yg empunye cerita.. :)

Saturday, October 9, 2010

bertenang~

assalamualaikum w.b.t
dimulakan dgn nama Allah yg maha pengasih lg maha penyayang..

dugaan demi dugaan, mjadikan aku insan yg lebih matang.
matang dlm menilai..matang dalam brbicara..insyaAllah..

byk bnda yg brlaku dlm waktu mnjelang exam ni..bnda baik..bnda yg kurg baik..(rencah kehidupan kn, biasela :)
ada yg aku mmpu hadapi dn ada jgk yg wt aku trsungkur..menangis krn meratapi.
kdg2 aku rasa aku kuat utk hadapi bnde tu semua.
tp...trnyata aku sbnrnya xlah sekuat mana, selalu je kalah dgn perasaan sndiri.. :(

sekadar ingin berkongsi :
dlm dunia ni..xkn semua bnda yg kita hajatkn tu kita akn dpt..
dlm kehidupan ni..bukan semua org akn suka dn syg kita sbg mana kita suka dn sygkn diorg..
dlm prjalanan ini..kdg2 kita akn lebih igt pada bnde2 sedih dpd bnde2 gmbira yg Allah da bg kt kita..
tp............walau apapun, kita kene igt dn slalu igt!!!
Allah tetap ada dn akn sentiasa ada,
bg hambanya yg brsabar dlm mghadapi ujianNya~
ikhlasknlah hati...krn itu kunci kebahagian yg hakiki~

dn aku.....
masih lg dlm proses utk mematangkan diri. (dari semua aspek)
brtenang dn sabar dlm ujian dariNya.
krn ujian itu tarbiah buat diri~
walau kdg2 diri terasa xmampu, tp aku harap diri ini tidak jatuh trsungkur..
bntu aku ya Allah..agar aku tidak trsasar dari jlnMu..
amin ya Rabb...

Wednesday, October 6, 2010

am i ready??

assalamualaikum w.b.t

feel like want to write in english. (even there will be many grammatical error  ^_^)

just wondering..
what if..today is my last day in this world.
am i ready enough to face Him?
what if today i had done so much mistakes towards others.
do i have a chance to ask for forgiveness.
what if today i lost someone that i love so much.
will there be any chance for me to meet her..and say that i really love her.
what if today i have promise so many things, yet i'm not trying to fulfill it.
will there be any tomorrow for me to make it.

if today..i am doing something that just wasteful
and i'm not even preparing myself for another 'world'.
then it is my last breath...what,how, and where would i be placed then?
hearing about death make me realized..for this world is just too short 4 us.
am i ready enough to face all becoming things.....

ya Allah.. do guide me along the way..for i'm too weak..
forgive me 4 all my sins..
amin ya Rabb..

i do hope to be someone better than who i am now..and i'm trying to improve myself..~ ~ :)